PEMBERSIHAN HATI DAN JIWA

Manusia diciptakan oleh Allah swt adalah untuk menjadi khalifah (pemimpin) seluruh makhluk.  Bagi diri manusia yang memahami tujuan ianya diciptakan oleh ALLAH dan tanggungjawab dirinya selaku hamba dan pemimpin alam, akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan dirinya bersih dari kemaksiatan dan dosa.  Dia tahu bahawa setiap jiwa yang melakukan maksiat dan dosa kepada ALLAH, tidak akan terlepas dari perkiraan ALLAH di mahsyar dan jiwa yang jahat akan dibalas oleh ALLAH di akhirat kelak dengan balasan  api neraka, manakala jiwa yang baik  akan dibalas oleh ALLAH dengan syurga.

Firman ALLAH dalam surah al-Hasyr ayat 18 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada  ALLAH (dengan mengerjakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan dari (amal-amalnya), untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan), bertakwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH amat  meliputi pengetahuanNYA akan segala yang kamu kerjakan”.

ALLAH telah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah (bersih) dari segala dosa dan noda.  Terciptanya manusia dalam keadaan sedemikian mempunyai fungsi dan tujuan yang telah direncanakan  oleh ALLAH sejak dari azali lagi.  Untuk menjadikan diri bersih daripada dosa dan maksiat kepada ALLAH hukumnya adalah wajib.  Persoalannya bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang yang bersih jiwanya dari dosa dan maksiat?  Islam telah mengajar penganutnya kaedah atau cara bagaimana manusia dapat menyucikan dirinya daripada dosa dan maksiat, di antara caranya ialah:

1. Melakukan solat 5 waktu sehari semalam dengan penuh khusyuk, di samping mengerjakan solat sunat di waktu malam.

2. Sentiasa bermuhasabah (menghitung diri) & bermuraqabah (mengadakan penelitian terhadap diri).  Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah (menghitung diri) dan bermuraqabah (mengadakan penelitian terhadap diri) di dalam setiap kehidupan yang dilalui.

3. Berusaha untuk menjauhkan diri daripada perbuatan dosa maksiat kepada ALLAH swt.

4. Sentiasa beristigfar dan bertaubat kepada ALLAH

Demikianlah beberapa cara yang telah digariskan oleh Islam kepada sesiapa yang ingin menyucikan dirinya kepada ALLAH.  Setiap insan yang berjaya menjalani proses penyusian dirinya kepada ALLAH, nescaya dirinya akan menjadi seorang mukmin yang sejati yang juga sentiasa diredai oleh ALLAH swt dan akhirnya umat Islam akan dipandang mulia oleh seluruh makhluk di dunia ini serta dapat mengembalikan kekuatan umat Islam seperti di zaman kegemilangan Islam, sebaliknya jika cara ini ditinggalkan, maka akibat buruk pasti akan menimpa umat Islam masa kini dan dimasa–masa akan datang.

Beri Komen Anda

Komen

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget