Melata sebelum Menunjang


Perhimpunan Agung Umno ke-66 kali ini merupakan perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 13 . Sebelum UMNO beralih kepada kepimpinan penuh YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri melalui pilihan raya.

Ini juga adalah pilihanraya umum ke 3 bagi Puteri UMNO yang masih bergelar Puteri untuk bertugas di dalam pilihan raya Umum atau musim terakhir bersama Puteri sebelum berhijrah kepada Wanita.

Setelah ditubuhkan 11 tahun, Puteri Umno boleh dikatakan telah matang dan menjadikan perhimpunan ini sebagai satu platform bukan sahaja sekadar mencetuskan dan menyatakan kesediaan, tetapi secara holistik, Puteri bersedia untuk menghadapi PRU13 dan perjuangan berterusan bersama UMNO.

Puteri UMNO pada suatu ketika saperti hilang pedoman semasa ‘pergolakan’ politik di mana Umno dan pemimpinnya diserang di setiap sudut.

Walaupun Puteri di bawah kepimpinan baharu, dan setiap pemimpin mempunyai cara tersendiri dan yang disesuaikan mengikut keadaan dan permintaan ahli-ahli. Kehadiran mereka kini saperti tidak dirasai sejak selepas pilihan raya umum 2008 dan tidak begitu menyengat didalam menangani isu, tidak seperti dizaman ketika Puteri diketuai oleh Azalina Said dan Noraini Ahmad di mana mereka sentiasa mendapat perhatian walaupun diapit oleh kakak kakak mereka dari pergerakan Wanita UMNO,malahan di cemburi kerana mereka lebih kedepan.

Di bawah kepimpinan Rosnah Shirlin pada tahun 2009, pergerakan itu di lihat tidak mambuat sesuatu atau pada hakikatnya, tidak terdengar suara suara mereka didalam senario politik negara malahan kewujudannya tidak begitu menonjol bak kata “Menyengat tak terasa berbisa”, melainkan aktiviti aktiviti sosial yang menjadi peluru kepada pembangkang untuk menyerang UMNO melalui Puterinya.

Wal hal keujudan Puteri UMNO adalah untuk melibatkan diri dan mendampingi anak-anak muda terutama wanita yang berada di pusat pengajian tinggi, wanita muda yang bekerja dan berkerjaya, terutama mereka mereka yang berumur 40 tahun dan kebawah, agar mereka mesra dan memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kegagalan pergerakan Puteri melibatkan diri dengan anak-anak muda mungkin telah menyebabkan Presiden UMNO YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendekati anak-anak muda melalui media alternatif seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Puteri juga di lihat gagal didalam memenangi minda anak muda apabila mereka ini berjaya diracuni fikiran mereka dan di monopoli oleh pihak pembangkang melalui aktiviti media sosial, Lihat sahaja bila mana Presiden UMNO diserang disegenap sudut melalui Media Sosial tiada serangan balas dari pihak Puteri yang sepatutnya lebih mahir dari Presiden sendiri dalam mengunakan alatan perhubungan moden dan cangih masa kini.

Pergerakan Puteri telah melepaskan banyak peluang dan ruang untuk menawan rakan sebaya mereka melalui pengunaan media baru seperti blog atau portal untuk menarik mereka ini kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kegagalan Puteri untuk melibatkan anak-anak muda melalui media baru telah memberikan ruang kepada pembangkang untuk menjadi juara didalam perang sidang maya ‘cywar’ tanpa mendapat tentangan atau halangan.

Pergerakan Puteri UMNO, yang rata rata anggotanya terdiri daripada intelektual dan wanita muda yang celik komputer sebenarnya telah kehilangan peluang atau peluang untuk melibatkan diri dengan anak-anak muda seawal tahun 2008 lagi.

Mereka saperti dilihat tidak mempunyai keupayaan kepimpinan dan idea tentang bagaimana untuk mendekati anak-anak muda sepanjang tempoh itu melalui pengunaan media baru dan teknologi IT seperti yang disebut awal tadi dan sebagainya.

Kegagalan ini telah menjadikan kecenderungan politik dan sokongan anak-anak muda beralih arah kepada pembangkang yang di lihat lebih bersemarak dengan gerakkan dan pelbagai aktiviti media sosial mereka untuk mendampingi dan memenangi hati anak anak gadis.

Puteri Harus Bangkit.

Persoalannya kini mampukah mereka ini untuk mengalas dan menyesuaikan diri mereka apabila telah sampai waktu untuk beralih dari Puteri kepada Wanita?. Difahamkan seramai 29,792 ahli pergerakan Puteri akan bertukar status kepada Wanita ekoran peningkatan usia mulai 1 Januari depan, Ke mana pula perginya semua bekas pemimpin pemimpin Puteri yang keluar selepas mencapai had umur keahlian 35 tahun?.

Kedua, Sekiranya Puteri gagal mengisi semula kekosongan yang bakal berlaku maka benar rugilah di ujudkan Puteri, yang sejak awal penubuhannya adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO.

Sahingga kini Puteri gagal menonjolkan muka baru yang bakal memimpin mereka, Seorang pemimpin yang mempunyai jiwa besar dan mempunyai sifat-sifat yang berani dalam politik, tetapi berapa orang dalam Puteri Umno yang ada sifat berani itu, selepas YB Datuk Rosnah, Puteri dilihat ketandusan pemimpin baru.

Walaupun baru berumur 10 tahun, sepatutnya mereka ini di beri peluang dan di latih untuk menjadi pemimpin di setiap bahagian atau cawangan dan bukan sekadar menjadi ketua sayap Puteri sahaja, juga bukan sebagai tukang sorak didalam majlis.

Puteri harus di beri peranan dan memegang jawatan yang lebih besar didalam parti sebelum mereka mencapai umur 35 tahun dan meneruskan pula perjuangan mereka melalui Wanita UMNO, yang mana sudah pasti jika persediaan sudah pupuk maka cengong mereka tidak akan ketara, dan mereka akan terus bersama UMNO, tidak lagi duduk di rumah melayan anak anak dan suami dan melupakan segala ilmu yang pernah mereka dalami selama dengan Puteri UMNO.

Puteri harus berani meminta hak mereka, UMNO tahu ramai ahli Puteri adalah mereka yang berpendidikan maka tidak salah sekiranya mereka memohon untuk di beri peluang mengisi jawatan jawatan tertinggi didalam syarikat milik kerajaan (GLC), selain jawatan di dalam parti.

Perkara yang harus Puteri fikirkan, Mampukah Puteri menyesuaikan diri untuk bersatu dengan ‘kakak’ mereka nanti, jika sahingga kini diantara Puteri dan Wanita juga adakala dilihat saperti tidak ‘sebulu’, ingatlah pergerakan Wanita telah lama bergelumang dengan politik tetapi Puteri juga penting bagi menunjukkan UMNO relevan kepada pengundi atas pagar dan generasi baharu khususnya wanita muda.

Maka di Perhimpunan UMNO kali ini adalah peluang terbaik buat mereka yang bakal meninggalkan dunia ‘Puteri’ mereka agar tidak kekok bila berbicara, tidak tersendong bila berjalan, tidak tersipu bila disergah dan sentiasa sedia bila berpencak.

Tidak apalah belajar melata sebelum menunjang, agar hati kakak kakak tidak teluka dan terhiris dan diri kita diterima sepenuhnya sebagai Ahli Wanita UMNO.

Apa tanda Puteri bertuah
Berjuang tiada pernah ternoktah
Apa tanda Puteri Sejati
Sentiasa memikirkan kemudian hari

Beri Komen Anda

Komen

4 Balasan kepada Melata sebelum Menunjang

  1. Pingback: Melata sebelum Menunjang | JOMTIBAI

  2. Pingback: Melata sebelum Menunjang – Pribumi Perkasa Negara

  3. Pingback: Melata sebelum Menunjang – My Malaysia Tribune

  4. Pingback: Melata sebelum Menunjang | UTUSAN DAILY ON LINE

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget