Pilihanraya Umum Ke 13

pru13
Segalanya sudah terjawab. Kini, hanya menanti hari untuk negara berdepan satu lagi pilihan raya umum, iaitu Pilihan raya Umum Ke-13 atau lebih dikenali sebagai PRU Ke 13.

20 April ditetapkan sebagai Hari Penamaan Calon, manakala 5 Mei pula adalah Hari Pengundian. Dengan semakin hampirnya tarikh berkenaan, di mana mana kelihatan bertambah banyak bendera bendera parti politik berkibaran. Begitu juga dengan pondok parti.

Suasananya bagaikan satu pesta atau menjelang perayaan besar amat bertepatan dengan istilah “PILIHAN RAYA UMUM”.

Dalam kegairahan semua pihak menanti tarikh 5 Mei, Tugas dan cabaran besar menanti pihak yang diamanahkan mengendali PRU 13 ia itu Suruhanjaya Pilihan Raya SPR.

Sebenarnya SPR telah laman membuat persediaan kerana pilihanraya yang hendak dilaksanakan adalah satu tugasan penting dan berat.

Ia akan menentukan kesinambungan proses demokrasi di Malaysia, kita sedia maklum dalam menghadapi pilihanraya umum kali ini SPR telah memperkenalkan 4 peraturan baru bagi memastikan ketelusan dalam proses pengundian, serta penambah baikkan yang akan dilaksanakan.

Semuanya bertitik tolak dari pada pelbagai cadangan jawatankuasa khas berhubung penambahbaikkan proses pilihanraya, antaranya SPR memperkenalkan pengunaan dakwat kekal, Pengundian awal angota polis dan tentera mengantikan undi Pos, membenarkan orang kelainan upaya membawa orang dipercayai untuk membantu semasa pengundian, serta pemansuhan proses bantahan dan penarikan balik pencalonan.

Mengenai pengunaan dakwat kekal ia adalah mandatori, sesiapa yang tidak mahu jarinya dicalit dengan dakwat tidak akan dibenarkan mengundi, langkah ini lebih kepada usaha mengelak pengundi daripada mengundi dua kali.

Hakikatnya tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya negara ini sesaorang pengundi mengundi dua kali.

Jika ada pun hanya sekadar cakap cakap yang tidak disertakan dengan bukti, kita juga harus sedar intragiti pilihanraya menjadi tanggungjawab dikalangan mereka yang terlibat terutama parti politik untuk memeliharanya.

Untuk itu buat pertamakalinya SPR mengadakan jaringan kerjasama dengan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia bagi membantras perkara yang di tarifkan sebagai mencemarkan PRU 13 dengan perbuatan rasuah atau mempunyai unsur politik wang.

Apabila bercakap mengenai pilihanraya pastinya soal keselamatan antara tumpuan utama disebabkan itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dari aal lagi memberi amaran pihaknya akan bertindak tegas berlandaskan undang undang terhadap mana mana pihak yang cuba menggangu proses PRU 13 dan merosakkan keamanan serta ketenteraman negara.

Penyokong dah ahli politik juga di ingatkan agar tidak mencetuskan isu sensitif berkaitan kaum dan agama, bukan setakat itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga telah mengambil segala langkah yang perlu.

Jabatan berkenaan memberi jaminan kesemua pusat pengundian di seluruh negara selamat di gunakan, ini berdasarkan pemeriksaan di semua pusat pengundian, pusat penjumlahan undi dan pusat penamaan calon.

Jelas segala persiapan adalah di tahap maksimum, kita boleh mengharapkan PRU 13 adalah yang terbaik didalam sejarah pengendalian pilihanraya umum di negara ini.

Kearah itu sokongan semua pihak adalah diharap harapkan, contohnya kempem perlulah secara berhemah dan mengikut peraturan serta undang undang.

Beri Komen Anda

Komen

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget