Penamaan Calon PRU 13

625559_10151569017715600_644755265_n
Presiden BN Dato’ Seri Najib Tun Razak telahpun menyerahkan watikah perlantikan calon parti komponen BN kepada semua pengerusi Barisan Nasional negeri semalam untuk diumum hari ini.

Menurut beliau 33 peratus atau sepertiga daripada calon kerusi parlimen tersenarai adalah muka baharu. Manakala bagi DUN pula 49-peratus muka baharu.

Langkah itu bagi memenuhi kehendak pengundi yang mahu melihat UMNO dan BN bersedia melakukan perubahan. Sementara muka lama yang banyak pengalaman perlu dikekalkan secara seimbang bagi memastikan penyampaian dan pentadbiran kelak lebih efisyen.

Dato Seri Najib mengambil masa yang agak lama untuk menentukan para calun yang dipilih adalah benar benar sesuai, Beliau terpaksa menimbang pelbagai faktor selain mengambilkira sokongan rakyat, kebolehan calong berkeupayaan menang serta faktor dalaman parti juga diambil kira.

Ini kerana bukan mudah untuk mengenal pasti mereka yang dipilih menjadi calon adalah mereka yang benar benar iklas berbakti sepenuhnya tanpa memikirkan imbuhan atau untuk kepentingan diri.

Bagi calun pula, kejayaan dipilih bukan bermakna berakhirnya debaran, ini kerana masa ujian sebenar bagi para calun tersebut masih terlalu panjang, selepas penamaan calun debaran semakin kencang ketika menunggu keputusan pengundian.

Kemudian mereka yang terpilih terpaksa melalui tempoh ujian kreadibaliti dan kebolehan mereka sebagai wakil rakyat selama 1 penggal pilihanraya.

Sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat adalah amat berat, selain bertanggung jawab terhadap parti mereka perlu melaksanakan dasar dasar kerajaan disamping melaksanakan amanah rakyat dengan kata lain rela menjadi hamba rakyat.

Angin perubahan pada pilihanraya 2008 telah membuktikan kehendak rakyat tidak boleh diambil mudah selain pengundi keseluruhan masyarakat kawasan yang diwakili menaruh harapan kepada wakil mereka.

Mereka perlu menjadi seorang wakil yang benar benar berjiwa rakyat selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan” mudah di kaji oleh masyarakat untuk menyuarakan masalah serta idea.

Dalam hal ini untuk memastikan wakil rakyat benar benar bekerja keras adalah perlu diujudkan sistem penyeraian pretasi kerja kursus yang boleh menilai keberkesanan mereka menyelesai masalah rakyat membawa perubahan dalam aspek sosio ekonomi dan pelbagai lagi.

Sebagai langkah pertama bagi membuktikan sebagai calon berkreadibiliti mereka yang terpilih perlulah membuat ikral intrigriti dan mereka yang tidak terpilih pula sama ada sebagai calon atau tewas dalam pilihanraya tidak harus merasa kecewa.

Ini kerana tanggung jawab sebenar wakil rakyat amatlah berat, sesiapa sahaja yang berkecimpong dalam politik mesti sanggup bekorban demi parti, bangsa,negara dan agama tampa mengira apa yang akan diperolehi untuk didiri sendiri.

Jika kecewa jika tidak dipilih dan kemudian melakukan sabotaj sudah pastilah mereka ini bukan seorang yang layak sebagai wakil rakyat malah mereka ini boleh digolongkan sebagai pengkhianat negara.

Tidak terpilih bukan bererti tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat jika iklas untuk berkhidmat kepada masyarakat banyak badan badan sukarela dan NGO sebagai contoh untuk mereka sertai.

Beri Komen Anda

Komen

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget