Jumlah Menteri Penentu Mundur Maju Sesebuah Negara?

1Malaysia-LKW
“Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya seorang penganalisis politik, dan membuatkan perbandingan dengan beberapa negara luar saperti
Jepun, AS ,United Kingdom dan beberapa negara lagi, yang pasti kesemua negara tersebut tidak pun memiliki warga negara dari pelbagai kaum atau percampuran kaum dan etenik saperti mana di Malaysia.

Beliau juga bertanya “Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?”.

Apa kah isunya jika menteri ramai? atau adakah orang ini merasa iri hati kerana beliau tidak di lantik menjadi menteri?.

Apabila Perdana Menteri melantik sesaorang kejawatan menteri kabinetnya maka sudah pasti menteri tersebut akan mewakili kehendak dan keperluan rakyatnya, bukan sekadar melantik untuk berfoya foya, makan angin di luar negara dan menghabis kan masa di tempat hiburan.

Sudah pasti perlantikkan mereka ini memberikan mereka sesuatu tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan, saperti menambah baik kemajuan yang sedia ada, membangungkan kaum yang mereka wakili atau memberi kebaikkan serta menaikkan taraf kehidupan rakyat Malaysia.

Mungkin orang ini tidak sedar bahawa negara negara yang dia sebut adalah negara yang tidak mempunyai pelbagai kaum dan percampuran etenik, dan kehendak rakyat negara tersebut juga tidak terlalu komplek saperti kehendak kaum di Malaysia ini yang juga terdiri dari pelbagai latar belakang budaya dan ugama.

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem yang diambil dari Britain yang mengamalkan sistem parti politik yang pelbagai. Politik partisan bererti suatu perjalanan politik adalah berpihak kepada parti yang menang atau memerintah. Sejak Merdeka terdapat sebuah Parti yang memegang tampuk pemerintahan ia itu Parti Perikatan dan sekarang dikenali sebagai Barisan Nasional yang mempunyai pelbagai parti didalamnya.

Sudah pasti pemilihan menteri yang di buat adalah bagi mewakili setiap parti yang ada didalam Barisan Nasional kerana parti tersebut mewakili kaum kaum tertentu di Malaysia. Kerana barisan Nasional yang dulunya Perikatan mengamalkan konsep perkongsian kuasa sejak zaman awal kemerdekaannya lagi.

Oleh kerana konsep kehidupan pelbagai kaum ini lah yang menyebabkan terjadi ramainya menteri sapertima banyaknya wakil parti didalam Barisan Nasional, dan mereka ini mewakili kaum mereka yang secara tidak lansung memberi kebanggan kepada kaum kaum yang mereka wakili, suka tidak suka ini lah yang Barisan Nasional lakukan agar negara ini terus kekal aman dan rakyat boleh hidup dalam suasana muhibah.

Jika Ramai nya jemaah menteri menjadi pertikaian mengapa orang ini tidak mempertikaikan kedudukan ahli jawatankuasa sesebuah parti yang ada di Malaysia, parti parti politik ini hanya memiliki keahlian di antara 300 ribu ke 1 juta orang sahaja tetapi memiliki ahli jawatankuasa sahingga mencecah 70 orang.

Adakah dengan ramainya yang menduduki jawatankuasa maka kedudukan parti itu lebih maju dari yang lain.

Oleh itu membuat perbandingan Malaysia dengan negara luar yang memiliki cara kehidupan, pecahan kaum, budaya peradapan serta kepelbagaian beragama adalah saperti kanak kanak yang baru nak kenal dunia walaupun andaitu seoarang bertaraf Proffesor.

Beri Komen Anda

Komen

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget