Pilihanraya Kecil Kuala Besut 2013

pilihan raya kecil kuala besutKUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihanraya SPR telah mengumumkan tarikh pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut semalam.

Tarikhnya ditetapkan pada 24 julai ini, manakala pengundian awal pula diadakan pada 20 Julai dan penamaan calon pada 12 Julai.

Ketika mengumumkannya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu, daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

Menurut SPR daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar, ia terdiri dari 16,534 pemilih biasa 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Peratusan mengundi mengikut kaum pula 97.94 % adalah melayu, 1.6% Cina, 0.10% India dan 0.38% lain lain, 9 tempat mengundi akan dibuka, 1 bagi pusat mengundi awal dan 8 untuk pengundian biasa, 8 Sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi manakala bagi pengundian awal Dewan Serbaguna Tentera Udara Di Raja Malaysia Gong Kedak dengan 2 saluran akan di gunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 orang petugas pilihanraya pula akan dilantik.

Kerusi Dun N1 Kuala Besut kosong berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokthar 55 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahira Kuala Terengganu 26 Jun. lepas akibat kenser paru paru.

Pada pilihan raya umum yang ke 13 lepas Dr A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apa bila mengalahkan calon dari PAS Nafisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Pilihanraya Dun Kuala Besut kali ini, amat kritikel kerana ia akan menentukan pihak yang akan menerajui kerajaan negeri, Jika di lihat keputusan PRU ke 13 baru lalu, persaingan antara Barisan Nasional dengan pembangkang amat sengit.

Barisan Nasional menang 17 daripada 32 kerusi Dun di seluruh Terengganu, manakala PAS menang 14 daripada 29 kerusi dan PKR menang 1 dari 6 kerusi yang di tandingi, ini bermakna Barisan Nasional kini mempunyai 16 kerusi dan jika pembangkang menang, mereka juga akan menang 16 kerusi menyebabkan Dun Kuala Besut akan tergantung.

Menurut SPR jika keadaan itu berlaku, kedua dua parti harus berbincang dan jika mereka tidak dapat menyelesaikannya Sultan boleh campur tangan dan sekiranya masih gagal, satu lagi pilihan raya negeri terpaksa diadakan.

Jika hal itu berlaku sudah tentulah ia melibatkan peruntukkan yang besar, untuk pilihanraya kecil ini sahaja anggaran kos perbelanjaannya ialah 360 ribu ringgit.

Bagi SPR pula pilihanraya kecil ini amat bermakna kerana ia memberi peluang untuk membuktikan ketelusannya mengendalikan proses pilihanraya itu dan dalam masa yang sama boleh menyangkal segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya semasa PRU ke 13.

Ia berikutan pilihanraya itu akan mendapat tumpuan semua pihak berbanding PRU 13 yang sukar di beri tumpuan khusus, adalah di yakini intragriti SPR dapat di pulihkan jika ia dapat membuktikan bahawa segala tomahan terhadap SPR sebelum ini tidak berasas.

Dengan tumpuan semua pihak terhadap PRK itu, isu isu saperti pengundi hantu dan dakwat kekal pasti dapat di buktikan tidak berasas, dengan daftar pengundi yang menentukan jumlah pengundi berdaftar yang layak masalah pengundi hantu adalah sesuatu yang mustahil.

Selain SPR, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agen parti yang bertanding juga sudah pasti akan memantau rapi perjalanan pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, cuma apa yang diharapkan tiada gangguan dari orang luar yang tidak berkenaan terhadap para pengundi.

Biarlah mereka membuat keputusan sendiri siapakah yang akan layak mewakili mereka ke dewan undangan negeri kelak.

Beri Komen Anda

Komen

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget