Memperkasa Ekonomi Bumiputra

PM+EkonomiKUALA LUMPUR – Usaha memperkasa ekonomi bumiputera terus diperkukuhkan dengan pelancaran langkah dan strategi terbaharu, yang berpayungkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. MEB bakal menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama, sebagai kelangsungan perlaksanaan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera.

Lima strategi itu ialah mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebatkan keusahawanan dan perniagaan bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Ia dilihat sebagai satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi dan pedekatan yang konkrik dan menyeluruh bagi membela nasib orang melayu dan bumiputra. Bumiputra pula antaranya penduduk bumiputra Sabah, Bumiputra Sarawak dan orang asli, Penguman itu sekali gus dapat meningkatkan lagi penyertaan mereka dalam ekonomi negara meliputi pelbagai sektor.

Ini jelas menunjukkan kerajaan sentiasa mendengar keluh kesah gulungan itu dalam memastikan mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan ekonomi negara. Ini kerana penglibatan bumiputra dalam aktiviti keusahawan sahingg kini makin rendah dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro.

Usaha itu juga dilihat seiring usaha merealisasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang tujuh tahun lagi, malah pengukuhan ekonomi kumpulan itu akan mengujudkan limpahan mafaat yang boleh menguntungkan semua pihak.

Sebelum ini banyak dasar baik di perkenalkan namun perlaksanaan yang lemah dalam beberapa aspek telah merenjatkan pengukuhan itu, Datuk Seri Najib juga meminta rakyat supaya tidak mempunyai sebarang salah sangka dan salah paham terhadap usaha pemerkasaan ekonomi melayu dan bumiputra. Perlaksanaannya bukan dengan cara memintas ataqu mengambil hak orang lain mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Sehubungan itu semua pihak harus jelas yang ia dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu terus mencipta serta menjana kekayaan baru, ini supaya nikmat kemakmurannya dapat diraih dan dirasai oleh semua rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

Kita sendiri boleh melihat sejak merdeka lagi segala rancangan dan dasar ekonomi di gubal berasaskan komposisi masyarakat majmuk negara ini, hakikatnya bumiputra yang mewakili 67.9% dari pada 27.4 juta rakyat Malaysia perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh di nafikan oleh sesiapa.

Sekiranya agenda melayu dan bumiputra di abaikan atau dibiarkan begitu sahaja ia jelas tidak adil dan tidak saksama, oleh itu jangan pula ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mengapi apikan pihak pihak tertentu sahingga boleh menggangu gugat keamanan dan kemakmuran negara.

Masyarakat khusunya bumiputra perlu memberi tindakan positive terhadap agenda pemerkasaan ekonomi bumiputra dalam memastikan kejayaan perlaksanaannya. Agensi yang terlibat didalam melonjakkan penglibatan gulungan itu perlu bersungguh sungguh melaksanakan amanah besar yang telah di berikan.

Sudah sampai masanya peranan mereka didalam ekonomi negara dipertingkatkan agar tidak ketinggalan, kemampuan bumiputra seharusnya tidak di pandang sepi dan perlu diberi layanan yang sama, kita tidak mahu melihat melayu dan bumiputra hanya gah pada nama tetapi tidak mempunyai apa apa.

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk

Bahagian Widget