Belia Pengerang Pecah Rekod Ikan Bakar Terpanjang!

Pengerang mencatat satu lagi sejarah tersendiri dalam acara ikan cencaru bakar sepanjang 2 kilometer sempena pengajuran Karnival SIJORI kali pertama, dan berjaya dicatatkan di dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai acara Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia, setakat ini. Acara telah berlangsung dan di catatkan didalam MBOR di Pantai Tanjung Balau, Pengerang pada 8 Sept.2012.
Majlis pelancaran ikan bakar yang dipamerkan di persisiran pantai itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua Umno Bahagian,YB. Dato’ Seri Azalina Othman Said yang hadir ke tapak pembakaran ikan kira-kira jam 3.30 petang.
Rasikin Man, 40, yang bertindak sebagai Ketua Projek acara berkenaan berkata persiapan bagi merealisasikan rekod ini telah dibuat sejak seminggu lalu. “Sebanyak 2 tan setengah ikan cencaru digunakan dan melibatkan seramai lebih kurang 100 orang pembakar yang terdiri daripada anak-anak muda sukarelawan Parlimen Pengerang dan Persatuan Belia (MBFM) Felda Air Tawar 1″. 
“Hasil ikan yang dimasak akan diagihkan secara percuma kepada para pengunjung yang hadir ke karnival tersebut. Tambah istimewa, air asam, sambal dan kicap pedas turut di sediakan sebagai pencecah”,tambah beliau lagi.
Sebanyak 2 tan setengah ikan cencaru segar yang dibakar. Manakala kira-kira enam tan arang digunakan sebagai bahan pembakar. Acara menghidupkan api bermula sejak jam 3 petang. Kemudian acara membakar dimulakan pada jam 5 petang dan berakhir 2 jam kemudian.
Sementara itu, Dato Azalina berkata “kejayaan yang dicapai oleh anak-anak muda Pengerang yang mana dengan rekod yang dipecahkan ini ternyata membuktikan hasil kerjasama yang baik daripada golongan muda ini. Sekaligus mereka mampu merancang, melaksakna dan mentadbir acara mega sebegini”.
“Anak-anak muda ini datang kepada saya dan menyatakan hasrat mereka mahu pecahkan rekod yang sedia dicipta sebelum ini. Jadi saya selaku ahli Parlimen bersetuju dan menyokong penuh hasrat mereka”.

“Malah melihatkan kejayaan ini membuktikan mereka mampu melakukan dengan baik sekali. Beerti anak-anak muda ini sudah boleh merancang, mentadbir dan melaksana program sebesar ini,” katanya.
Rekod Ikan Bakar Terpanjang di Malaysia ini berjaya mengatasi rekod sepanjang 1.5 kilometer yang pernah dicipta pada tahun 2008.
Majlis penganugerahan Sijil Malaysia Book Of Record telah disempurnakan oleh wakil MBOR kepada YB Dato Azalina dengan di saksikan oleh Ketua Pengarah KEJORA beserta artis artis SIJORI sejurus selepas konsert Artis SIJORI bermula.























Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk