Pengerang : Labur Yang Lebur


Isu Rapid Petronas di Pengerang yang dipolitikkan oleh pembangkang sebenarnya bukan satu masalah kerana ianya telah mendapat sokongan penduduk tempatan. Yang buat demonstrasi hanyalah orang luar yang cuba mempolitikkan isu yang sebenarnya bukan isu.

Sementara penduduk yang terikat dengan sentimen ‘pusaka’ sebenarnya lebih kepada termakan hasutan mereka yang berkepentingan politik dan menafikan hak anak cucu mereka untuk masa masa mendatang, Mereka ini tidak mahu memikirkan masa hadapan anak cucu mereka dan lebih rela mereka menjadi nelayan dan kekal sebagai nelayan atau petani.

Saban hari kini Pengerang menjadi tumpuan parti politik dan NGO yang kononnya untuk membela nasib penduduk kampong yang terlibat dengan pengambilan tanah mereka bagi tujuan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang.

Kini kawasan Sungai Rengit menjadi tumpuan penghasut didalam cubaan untuk menghasut penduduk bagi menghalang kelancaran pembinaan RAPID di Pengerang setelah cubaan mereka di beberapa buah kampong lain yang terlibat gagal.

Yang hairannya Sungai Rengit ini tidak terlibat langsung dengan pembinaan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas ini, tetapi mengapa ianya menjadi pusat untuk menghasut penduduk kampung membantah dan menolak projek?, apa motif mereka menghasut penduduk setempat yang majoritinya kaum Cina?.

Adakah mereka berpendapat bahawa hanya kaum Cina sahaja yang akan bersimpati dengan kaum Cina yang lain, Kerana kebanyakkan ‘pelabur’ di sekitar kampong dan tanah yang telibat di bumi Pengerang adalah ‘pelabur’ dari negara jiran yang rata rata berketurunan Cina.

Walaupun pelbagai hasutan yang dicanang penduduk kampong yang terlibat tetap dengan keputusan yang telah mereka ambil demi masa depan mereka, Mereka tidak mahu masyarakat di sini terpengaruh dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang mahu projek tersebut gagal.

“Majoriti penduduk bersetuju dengan projek ini yang pasti membawa pembangunan pesat ke kawasan Pengerang,”. inilah luahan suara penduduk kampong yang inginkan perubahan.

Pada mereka jelas yang membuat kacau dan menghasut penduduk adalah mereka yang mempunyai kepentingan politik dan juga kepentingan ‘perniagaan’ disini. Terutama pada tokey tokey yang menjadi tekong laut dan juga darat.

Sapertimana kita tahu Pengerang adalah salah satu laluan atau pintu kemasukkan PATI ( Pendatang Asing Tampa Izin), Menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan terdapat beratus laluan ‘tikus’ di kawasan Pengerang ini.

Selain pemerdagangan manusia ia juga menjadi tempat untuk laluan penyeludupan barang terkawal saperti beras, gula, minyak masak, petrol dan diesel.

Banyak kes kes yang di laporkan melibatkan perdagangan manusia, penyeludupan, termasuk yang terbaru dilaporkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan telah berjaya mengagalkan cubaan menjual 60,000 liter diesel subsidi berikutan penahanan seorang tekong dan empat awak-awak di perairan Pengerang,

Mungkin kerana inilah maka ada ‘taiko-taiko’ tertentu yang mula merasa ‘kerugian’ dan jalan yang perlu mereka lakukan ialah menghasut penduduk agar pembangunan di Pengerang ini tidak menjadi kenyataan.

Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja asal cita cita mereka untuk menghalang kemajuan di Pengerang menjadi kenyataan walaupun terpaksa bekerjasama membawa orang luar untuk menjalankan dakyah mereka selain mamperguna ahli ahli politik uzur yang sedang mencari kedudukan dan nama setelah sekian lama tengelam dan hampir di lupakan.

Pembangkang kini dilihat kerap turun ke kampong kampong dan bermain dengan sentimen keturunan datuk nenek dan moyang bertujuan menghasud penduduk, Tetapi sehingga hari ini mereka ( ahli politik pembangkang) gagal untuk mengeluarkan kenyataan untuk menolak projek RAPID sekiranya mereka menjadi kerajaan.

Ini sebagai bukti, mereka juga tahu kepentingan dan keuntungan projek RAPID ini. Mereka tahu keseluruhan projek penapisan minyak dan gas di situ akan memberi sumbangan pendapatan yang besar menjelang 2020 serta menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Pengerang terutamanya anak anak muda di masa akan datang.

Beri Komen Anda

Komen

3 Balasan kepada Pengerang : Labur Yang Lebur

  1. Pingback: Pengerang : Labur Yang Lebur – Pribumi Perkasa Negara

  2. Pingback: Pengerang : Labur Yang Lebur | TRIBUNE ON LINE

  3. Pingback: Pengerang : Labur Yang Lebur | PANGLIMA.MY

Anda mesti mendaftar untuk memberi komen masuk